Followers

here....

Friday, September 21, 2012

Last

I wish u love
I wish u luck
^_^

Thursday, August 09, 2012

Love song #2 Tuhan Jagakan Dia

assalamualaikummm....
ternampak orang post kt fb...terus dengar..hihi
walaupun aku bukannya minat band indon pon..kenal pun takk
tapi tertarik dengan lagu nih :)




p/s : Tuhan Jagakan Dia

Wednesday, August 08, 2012

Jika aku pergi,aku pergi untuk selamanya

assalamualaikummm...
cepatnya ramadhan berlalu,sedih pulak rasa sebab tak memanfaatkan sepenuhnyaaaa...
harap lebih kurang 10hari ni kita memanfaatkan sesama ye kawan-kawan! chaiyok2! :P
ramadhan tahun ni entahlah banyak cabaran jugak aku tempuh..
lepas satu hal,ke satu hal sampai satu hari aku terduduk..
Ya allah kuatkanlah semangat hambaMu ini,
tabahkanlah hatiku ni ya allah!
tapi apa pun aku redha,terima dengan hati yang terbukaa....
nak share sedikit tentang puisi #eh puisi ke? entahlah haha
but this means a lot to me right now !


i nak you, i taknak dia. boleh tak? - Genting Highlands, 6 Ogos 2010.

this sentences means a lot to me.
sebab aku tak pernah duga aku akan buka hati aku untuk orang lain.
untuk orang yang aku tak pernah kenal.
untuk stranger.

jika aku memilih rupa, aku takkan memilih kau.
jika aku harap aku dimanjakan dengan kemewahan, aku takkan memilih kau.
jika pangkat dan kedudukan itu adalah segalanya, aku takkan memilih kau.
jika lelaki yang bekerjaya menjadi pilihan aku, aku takkan memilih kau.
tetapi aku tetap setia dan memilih kau.


saat aku celaru untuk memilih kerjaya, kau di sisi.
saat aku runsing untuk memulakan kehidupan baru, kau di sisi.
saat aku memutuskan untuk meninggalkan dia yang menipu aku, kau di sisi.
saat aku menghadapi pemergian kakak tersayang, kau di sisi.
saat aku memerlukan bahu untuk menangis, kau tetap di sisi.

episod luka itu sangat memberikan kesan mendalam kepada aku.
luka itu tak pernah sembuh.
luka itu sangat dalam.
tapi aku tetap mencuba untuk mengubatinya.
sedikit demi sedikit walau pun kau tak nampak.


i nak you, i taknak dia. boleh tak? - Genting Highlands, 6 Ogos 2011.
i asked you to repeat the sentences.
bukan sebab tak puas hati.
bukan sebab untuk mendesak.
tapi untuk kau ingat betapa ayat itu sangat penting untuk aku.
betapa setiap kali hati aku terluka, aku akan ingat kembali moment itu.
betapa besarnya impact ayat itu dalam hidup aku.

sebab ayat itu juga aku rela menjaga diri kau.
makan kau aku jaga.
minum kau aku jaga.
pakai kau aku jaga.
sakit kau aku jaga.
hati dan perasaan kau juga aku jaga.

tapi aku lihat kau semakin menjauh.
semakin lama semakin menghilang.
semakin lama semakin pudar rasa sayang itu.
tapi aku tetap yakin dengan hubungan ini.
kerana sayang aku pertahankan.
kerana kasih aku telankan.

sampai satu saat,
aku rasa kau tidak memerlukan aku lagi.
aku mengambil keputusan untuk berundur.
tak mahu menjadi penghalang dalam kehidupan seharian kau.
tak mahu menjadi kekasih yang tidak memahami.
tidak mahu kau terus membenci aku.
dan tidak mahu orang lain turut membenci aku.
aku mahu kau gembira.
aku berpuas hati jika dapat melihat kau dari jauh.
aku sangat berpuas hati.

kau menghalang aku pergi.
tapi aku tetap mahu pergi.
bukan sebab membenci.
tapi tak sanggup terus terluka.
tak sanggup terus menanggung derita.
tapi aku pergi untuk kembali.

dan aku telah kembali.
dengan harapan kau sedar.
dengan harapan aku masih diperlukan.
dengan harapan aku bukan sekadar hiasan dihati kau.
dengan harapan aku diberi hak yang sewajarnya.
dengan harapan hubungan ini menjadi lebih baik dari sebelumnya.

6 Ogos 2012
hati ini menangis lagi.
aku harap kau dan aku bersatu.
tapi kalau kesudahannya tak seperti yang diharapkan,
aku cukup berpuas hati untuk berhenti setakat ini.
sebab, sayang aku hanya untuk kau seorang.
sebab, kasih aku hanya untuk kau seorang.
sebab, hati aku hanya untuk kau seorang.

dan jika aku pergi sekali lagi, aku pergi untuk selamanya.

credit : terfaktab

p/s : merajuk,sakit hati,terasa hati,terluka...
there are differences among them!

Friday, July 20, 2012

Kepercayaan

assalamualaikum...
selamat pagi!!
pagi yang aku belum tido...mata degil takmau tutup entah kenapa..
sebenarnya menunggu seseorang dari tadi tapi hurmm takpelah mungkin ada alasan tersendiri..
tetiba rindu sangat dekat sini ..kesian dia dipinggirkan *sori sayang hik3

Bila dah rindu,macam-macam pulak nk cerita kann...:P
Well,kadang-kadang Long Distance Relationship (LDR) sangat payah.Memerlukan pengorbanan,kepercayaan,kejujuran dan banyak lagi lebih pada orang.Kadang-kadang perbuataan kita tuh bole reflects nilai kepercayaan tuh.Bole tak nak tulis sampai sini saja hihi.
insyallah disambung...

p/s : tetiba takda mood nk menulis...
be strong afifa halim!

Monday, July 02, 2012

Keputusan Final Euro 2012

assalamualaikum....
morning!!!! :p
baru habis tengok euro!!! just quick update

Sepanyol 4 - 0 Italy





p/s : congrtaz spain!!! gracias kalahkan italy for my germany!!haha #kbai

Sunday, July 01, 2012

Love song #1 Marry Your Daughter

assalamualaikumm........
semalam terjumpa dekat youtube lagu ni...
so cute miut! hehehe
dia punya lirik pun..so sweet..in love :P



bawah ni perempuan punya version...
so cute jugak! hee





bole la sapa2 nak amek hati bakal bapa mentua nyanyi lagu ni :P

p/s : for my future ( entah kat mana2 tuh) bolelah prepare nyanyi lagu ni haha

Sunday, June 24, 2012

Journey of two #1 - Merisik


assalamualaikum....
sekarang dah kat rumahhhh yeahhh!! hahaha
ehem!~

Adat merisik dalam adat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula
diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.(copy paste)

okay! ni lah intro paling kontrabersi aku penah buat..eh penah aku copy paste :p haha
bila dah intro macam tu mesti la ada kaitan isi selepasnyaaa niiii~ *blushing*
ermmm tak tau nak cita mula dari mana hee

~
Satu perjalanan yang aku rasa sangat besar sekarang ni.Satu langkah yang mungkin mencorak masa akan datang.Dalam Islam pun cakap rahsiakan pertunangan hebahkan pernikahan kan,so atas dasar nih walau belum sampai tahap tuh lagi aku rahsiakan dari sesiapa kecuali family or some people je yang tau.Dan atas dasar aku sendiri tak pasti dari mana dan ke mana arah tujuannya lagi dan Perkara ni pun berlaku dengan tak dirancang.So conclusionnya rahsiakan dari orang dan bestie2 jugak :P maaf ye kawan2 hihi Bukan tak nak cerita,kan dah janji nak cerita bila kita jumpa tapi tu lah tak jumpa-jumpa pun,so aku cerita sini dulu.Boleh jadi kenangan satu hari nanti,insyallah kalau ada jodoh yang panjang.Perkara ni berlaku masa study week,kebetulan aku balik dan adik mr.SA ni nak daftar matrix perlis which means satu family dia datang perlis.Disebabkan dua-dua family dah tau pasal kami,so parents dia nak datang rumah.Aku cakap mak aku,dia kata okay la,takkan tak bagi orang nak datang rumah.so aku pun okay la.Then tetiba mr.SA cakap nak merisik terus sebab parents dia cakap memandangkan rumah kami ni jauh,dah alang-alang datang merisik ja terus.Aku?? GULP!!! terkejut dan berdebar-debar! siot je..adoii debar-debar macam mana nak bagitau mak aku..errrr...speechless..but apa pun aku kena bagitau jugakkkk!Hari isnin adik dia daftar matrix perlis,hari selasa nak datang rumah aku.Malam isnin tuh baru aku bagitau ma aku hal merisik ni,firstly ofcozz la ma aku terkejut, tetiba ada orang nak datang merisik anak dara dia yg HOT ni..eh? tak haha Malam tuh jugak discuss dengan ayah aku ..rasa nak lari laju-laju dari rumah ja..malu!!! haha tak penah lagi nak bersembang baek pasal hal-hal ni.Actually parents aku pun tak sangat pasal mr.SA ni just kenal dekat facebook(zaman moden kan haha) dan tau la aku berkawan dengan dia.Aku bukan taknak cerita lebih2 pada sapa,perihal aku dengan dia ni,tapi tu la kadang-kadang rasa fobia nak hebohkan perkara ni,dulu aku couple hampir 4tahun,at last NOTHING! Setakat 2 3 tahun ni,aku sendiri tak pasti.Aku rasa lebih baik tak payah la nk pulun bercerita sangat kan haha tak jadi malu je kannn uolssss.... @_@

so aku cerita sikit-sikit jehhh.....

Malam tuh berdebar nak tido..lawak sangat bila ingat balik..bukan nak tunang pun kannn haha tapi dah mengantok tido la jugakk...pagi tuh bangun buat macam biasa ja.Family dia nak datang dalam kul 10 or 11a.m sebab petang tuh nak balik klang dah.Aku sempat la lagi p teman ayah aku p bangunan apa ntah hantar something,sempat la jalan-jalan haha then balik rumah.Dalam 9 lebih dia dah kol nak sampai..grrr!~ awai sangat,memandangkan dari malam tuh aku bajet nak pakai t-shirt dengan seluar ja,so aku relax ja la...tetiba mak aku tanya takkan nak pakai baju ni,dengan bangga aku cakap ya! haha okay sempoi sangat eh? hee mak aku suruh tuka baju kurung,ok la fine,anak yang baik menurut
perintah hihi masa tengah tuka baju la family dia sampai.Ceh memang kelam-kabut dalam bilik bersilat dengan tak iron baju dengan tudung lagi.memang pakai mana sempat ja hoii...jawabnya memang aku tak sambut depa la...ayah aku ngan mak aku ja hihi then dah siap semua nak keluar bilik ..debar sampai rasa nak keluar ikut tingkap ja haha terpaksa keluar jugak,semua pandang aku,gulp! okay takpa senyum :) parents,adik dia and 2 orang sedara ja.nasib baik tak ramai ngee~ Masa salam mak dia,mak dia tanya aku 2 3 patah aku pun cakap 2 3 patah haha just bertanya khabar then terus masuk dapur,anak dara sangat kannn! haha *malu*
Anak dara kena duk dapur je buat air :P dengar la sikit-sikit ayah aku tengah disscuss.Si dia kena duk luar, padan muka :P lepas discuss baru dia masuk kenal dengan parents aku...keputusannnnyaaaa
BUKAN NAK KAWEN SEKARANG!~ sekiannn haha memandangkan degree aku lagi 2 tahun,dia lagi bertahun-tahun,kalau still ada jodoh nanti tunang terus :P so sekarang kita enjoy !!! haha

Panjang rasa pulak entry ni,sori heee parents dia ada belikan cincin but ayah aku cakap takpa nanti kalau tunang baru kasi,merisik ni tak perlulaa sebab masa panjang lagi,kita tak tau lagi masa depan macam mana,bukan nak mendokan benda buruk berlaku but kita hanya mampu merancang,ALLAH menentukan semua kan....
nak cincin macam ni bole x haha :p

p/s : rasa macam sedih jugak tak dapat bergambar
untuk kenangan huhu