Followers

here....

Thursday, September 09, 2010

sAYa dAN awAK....

Bila awak sakit...
Risaunya saya...
Saya tanya kawan baik saya..
Macam mana nak buat ni?
Saya nak awak cepat sihat.
Saya belikan makanan untuk awak...Awak suka KFC kan?
Saya beli kad khas untuk awak.
Saya tulis, "Semoga awak cepat sihat!"
Saya bawakan makanan untuk awak.
Saya tahu awak tak selera makan waktu sakit.
Saya suap awak, temankan awak makan.
Awak dah boleh tersenyum
Gembiranya saya..Tuhan je yang tahu..

Awak penat sebab banyak kerja.
Saya risau, sebab selalunya setiap kali awak penat, awak suka tengking saya.
Macam mana saya nak gembirakan awak?
Tengah makan, saya tanya tentang kerja awak.
Saya dengar setiap luahan awak.
Saya senyum sambil kata, awak mesti boleh buat.
Biar kena marah pun, janji awak gembira.
Asalkan awak tak lupa makan masa awak sibuk buat kerja.
Bila awak dah berjaya siapkan kerja awak..
Gembiranya saya.. Tuhan je yang tahu..

Saya selalu tanya apa yang awak suka dan tak suka.
Awak suka bear..
Bear besar sangat!
Tapi awak tak tahu nak dapatkan macam mana.
Saya tak pernah lupa minat awak yang satu ni.
Saya tunggu masa, kumpul duit.
Bila masanya tiba, saya hadiahkan bear untuk awak.
Mungkin tak sebesar yang awak harapkan.
Tapi saya nampak awak senyum lebar.
Gembiranya saya..Tuhan je yang tahu..

Hari jadi awak...
Beberapa hari sebelum hari penting tu, awak banyak buat hal.
Tapi saya tak nak gaduh.
Saya tak nak rosakkan hari penting awak.
Saya telan je semua salah awak.
Saya nak pastikan awak gembira.
Saya rancang parti hari jadi..suprise untuk awak.
Saya tahu awak sukakan suprise.
Awak selalu kata saya tak reti buat suprise.
Bukan tak reti, tapi hidup saya, saya banyak luangkan masa dengan awak.
Masa bila saya ada masa untuk rancang semua tu?
Setelah bersusah payah, saya berjaya buat suprise party untuk awak.
Saya harap awak gembira.

Setiap kali awak beria2 nak beli sesuatu yang sangat mahal.
Saya akan halang sekeras-kerasnya.
Saya cakap membazir. Tak berbaloi.
Maaf..bukan saya sengaja.
Saya taknak awak bazirkan duit awak macam tu je.
Akan datang kan awak akan perlukan banyak duit?
Tapi dalam kepala saya, saya sentiasa berfikir..
Kalau saya mula berjimat dari sekarang, mungkin hari jadi awak yang akan datang, saya akan dapat hadiahkan awak barang yang mahal tu?
Kan tak membazir duit awak?
Tapi kadang-kadang saya gagal.. saya gunakan duit tu untuk keperluan kita yang lain.
Saya minta maaf...

Saya dan awak.
Saya tahu awak pun sayangkan saya macam mana saya sayangkan awak.
Tapi awak tak reti nak tunjukkan..kan?
Saya tak kisah.
Cukuplah sekadar awak jaga saya dengan elok.
Dan tolong jangan sakiti saya.
Sebab saya pun nak gembira macam mana awak gembira hari-hari.
Saya nak tengok awak gembira hari-hari.
Saya bukan cintakan awak bukan selama-lamanya...
Sebab selama-lamanya itu belum pasti.
Saya cintakan awak setiap hari.
Sebab tu saya cuba buat awak jatuh cinta dengan saya setiap hari.
Supaya saya tak menyesal kemudian hari nanti kalau saya tak sempat pamerkan cinta saya pada awak kalau saya dah tak ada nanti.
Kalau saya gagal, maafkan saya.

Tapi sumpah! Saya cuma sayang awak sorang je!~

No comments: