entri nih bukan nak cerita kesedihan aku tapi sekadar nak berkongsi perasaan aku dengan korang..masa aku break nih aku tengah cuti sem matrix nasib baik kalau tak lagi riuh rendah hidup aku..seminggu jugak lah aku down..then semakin lama ok...i can survive as usual..dalam setahun ni banyak hal berlaku...xperlu rasanya aku terangkan semua..cukuplah sekadar aku bagitahu semua berlaku itu lebih mematangkan aku..aku lebih kuat dan lebih tabah sekarang!..
buat teman itu,
saya ucapkan terima kasih untuk 4tahun kita pernah bersama,
saya amat hargai,minta maaf sekiranya pernah berkasar bahasa dahulu
mungkin masa tu saya sedang marah..
buat teman itu,
semoga awak berbahagia dengan dia..walaupun saya masih tertanya2 kenapa kita berpisah..tapi saya sudah menerima dengan hati yang terbuka...saat saya mengetahui awak menemui pengganti kesedihan kembali bertandang namun kini saya doakan kebahagiaan awak dengan dia..mungkin dia yang terbaik untuk awak..
buat teman itu,
untuk pengetahuan awak saya sudah redha dengan perpisahan itu,tiada rasa benci antara kita lagi,walaupun saya pernah berkata bahawa saya xmungkin menerima huluran persahabatan awak namun saya akur kini tiada ruginya kita bersahabat..kerana tiada rasa sayang lagi antara kita..cukuplah sekadar sayang sebagai seorang sahabat...
buat teman itu,
untuk pengetahuan awak juga walaupun saya tidak menemui pengganti lagi namun saya bahagia disamping keluarga dan sahabat2 saya...tak perlulah awak rasa bersalah lagi.
walaupun parut luka masih ada saya maafkan awak dunia akhirat..dan saya juga pohon kemaafan.....
buat teman itu juga,
jagalah diri..
saya sentiasa doakan awak..
semoga awak berjaya dunia dan akhirat!
p/s :It takes a minute to have a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to forget someone...
2 comments:
=)
hehe
semoga awak tabah can sy yar~....
Post a Comment