Followers

here....

Sunday, June 24, 2012

Journey of two #1 - Merisik


assalamualaikum....
sekarang dah kat rumahhhh yeahhh!! hahaha
ehem!~

Adat merisik dalam adat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula
diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.(copy paste)

okay! ni lah intro paling kontrabersi aku penah buat..eh penah aku copy paste :p haha
bila dah intro macam tu mesti la ada kaitan isi selepasnyaaa niiii~ *blushing*
ermmm tak tau nak cita mula dari mana hee

~
Satu perjalanan yang aku rasa sangat besar sekarang ni.Satu langkah yang mungkin mencorak masa akan datang.Dalam Islam pun cakap rahsiakan pertunangan hebahkan pernikahan kan,so atas dasar nih walau belum sampai tahap tuh lagi aku rahsiakan dari sesiapa kecuali family or some people je yang tau.Dan atas dasar aku sendiri tak pasti dari mana dan ke mana arah tujuannya lagi dan Perkara ni pun berlaku dengan tak dirancang.So conclusionnya rahsiakan dari orang dan bestie2 jugak :P maaf ye kawan2 hihi Bukan tak nak cerita,kan dah janji nak cerita bila kita jumpa tapi tu lah tak jumpa-jumpa pun,so aku cerita sini dulu.Boleh jadi kenangan satu hari nanti,insyallah kalau ada jodoh yang panjang.Perkara ni berlaku masa study week,kebetulan aku balik dan adik mr.SA ni nak daftar matrix perlis which means satu family dia datang perlis.Disebabkan dua-dua family dah tau pasal kami,so parents dia nak datang rumah.Aku cakap mak aku,dia kata okay la,takkan tak bagi orang nak datang rumah.so aku pun okay la.Then tetiba mr.SA cakap nak merisik terus sebab parents dia cakap memandangkan rumah kami ni jauh,dah alang-alang datang merisik ja terus.Aku?? GULP!!! terkejut dan berdebar-debar! siot je..adoii debar-debar macam mana nak bagitau mak aku..errrr...speechless..but apa pun aku kena bagitau jugakkkk!Hari isnin adik dia daftar matrix perlis,hari selasa nak datang rumah aku.Malam isnin tuh baru aku bagitau ma aku hal merisik ni,firstly ofcozz la ma aku terkejut, tetiba ada orang nak datang merisik anak dara dia yg HOT ni..eh? tak haha Malam tuh jugak discuss dengan ayah aku ..rasa nak lari laju-laju dari rumah ja..malu!!! haha tak penah lagi nak bersembang baek pasal hal-hal ni.Actually parents aku pun tak sangat pasal mr.SA ni just kenal dekat facebook(zaman moden kan haha) dan tau la aku berkawan dengan dia.Aku bukan taknak cerita lebih2 pada sapa,perihal aku dengan dia ni,tapi tu la kadang-kadang rasa fobia nak hebohkan perkara ni,dulu aku couple hampir 4tahun,at last NOTHING! Setakat 2 3 tahun ni,aku sendiri tak pasti.Aku rasa lebih baik tak payah la nk pulun bercerita sangat kan haha tak jadi malu je kannn uolssss.... @_@

so aku cerita sikit-sikit jehhh.....

Malam tuh berdebar nak tido..lawak sangat bila ingat balik..bukan nak tunang pun kannn haha tapi dah mengantok tido la jugakk...pagi tuh bangun buat macam biasa ja.Family dia nak datang dalam kul 10 or 11a.m sebab petang tuh nak balik klang dah.Aku sempat la lagi p teman ayah aku p bangunan apa ntah hantar something,sempat la jalan-jalan haha then balik rumah.Dalam 9 lebih dia dah kol nak sampai..grrr!~ awai sangat,memandangkan dari malam tuh aku bajet nak pakai t-shirt dengan seluar ja,so aku relax ja la...tetiba mak aku tanya takkan nak pakai baju ni,dengan bangga aku cakap ya! haha okay sempoi sangat eh? hee mak aku suruh tuka baju kurung,ok la fine,anak yang baik menurut
perintah hihi masa tengah tuka baju la family dia sampai.Ceh memang kelam-kabut dalam bilik bersilat dengan tak iron baju dengan tudung lagi.memang pakai mana sempat ja hoii...jawabnya memang aku tak sambut depa la...ayah aku ngan mak aku ja hihi then dah siap semua nak keluar bilik ..debar sampai rasa nak keluar ikut tingkap ja haha terpaksa keluar jugak,semua pandang aku,gulp! okay takpa senyum :) parents,adik dia and 2 orang sedara ja.nasib baik tak ramai ngee~ Masa salam mak dia,mak dia tanya aku 2 3 patah aku pun cakap 2 3 patah haha just bertanya khabar then terus masuk dapur,anak dara sangat kannn! haha *malu*
Anak dara kena duk dapur je buat air :P dengar la sikit-sikit ayah aku tengah disscuss.Si dia kena duk luar, padan muka :P lepas discuss baru dia masuk kenal dengan parents aku...keputusannnnyaaaa
BUKAN NAK KAWEN SEKARANG!~ sekiannn haha memandangkan degree aku lagi 2 tahun,dia lagi bertahun-tahun,kalau still ada jodoh nanti tunang terus :P so sekarang kita enjoy !!! haha

Panjang rasa pulak entry ni,sori heee parents dia ada belikan cincin but ayah aku cakap takpa nanti kalau tunang baru kasi,merisik ni tak perlulaa sebab masa panjang lagi,kita tak tau lagi masa depan macam mana,bukan nak mendokan benda buruk berlaku but kita hanya mampu merancang,ALLAH menentukan semua kan....
nak cincin macam ni bole x haha :p

p/s : rasa macam sedih jugak tak dapat bergambar
untuk kenangan huhu

Friday, June 15, 2012

Cepatnya Masa Berlalu



assalamulaikummm...hey guys! :P
finally..final is over..OVER! for sem 4!!yeahhh!
seperti biasa..aku menjadi antara orang yang terpilih dalam UMP ni
habes paper lambat!!!*sayang UMP sangat*

dah 3sem berturut-turut,so aku dah tak heran...setakat habes paper lambat apalah sangat kannnnnnnnnnnn uuoollllssss*Sedapkan hati sendiri*
next sem aku dah masuk TAHUN 3..oh cepatnya masa berlalu...
rasa tak cukup ready nak tempoh alam selepas ituuuu...kerjaa..kawenn...
oh no! rasa macam duk main aci ligan lagi dengan kawan-kawan sekolah :P...*rindu*
rasa macam baru dapat tawaran masuk universiti...padahal lagi 2tahun dah nak grad..doakan ^_^
dulu masa sekolah.. nak je cepat masuk universiti,nak kerja...
sekarang dah masuk universiti,takot pulak nak menempuh alam perkerjaan...
rasa macam nak balik zaman sekolah je...nak seronok2....

rindu masa ni :p

ni keadaan sekarang @_@


dulu takda masalah berat2 nak pikir...*rindu lagii*
tapi nak buat macam mana...hidup kita bukan makin muda..makin tua..makin dekat dengan ALLAH
apapun kita kena tempuhi dengan redha~
tempuhi dengan rasa seronok...insyallah ALLAH permudahkan segalanyaa kann...insyallah :P

p/s : penatnyaaa kemas barangg......boleh kurus tiap2 hari camni :P