Followers

here....

Friday, September 21, 2012

Last

I wish u love
I wish u luck
^_^

Thursday, August 09, 2012

Love song #2 Tuhan Jagakan Dia

assalamualaikummm....
ternampak orang post kt fb...terus dengar..hihi
walaupun aku bukannya minat band indon pon..kenal pun takk
tapi tertarik dengan lagu nih :)




p/s : Tuhan Jagakan Dia

Wednesday, August 08, 2012

Jika aku pergi,aku pergi untuk selamanya

assalamualaikummm...
cepatnya ramadhan berlalu,sedih pulak rasa sebab tak memanfaatkan sepenuhnyaaaa...
harap lebih kurang 10hari ni kita memanfaatkan sesama ye kawan-kawan! chaiyok2! :P
ramadhan tahun ni entahlah banyak cabaran jugak aku tempuh..
lepas satu hal,ke satu hal sampai satu hari aku terduduk..
Ya allah kuatkanlah semangat hambaMu ini,
tabahkanlah hatiku ni ya allah!
tapi apa pun aku redha,terima dengan hati yang terbukaa....
nak share sedikit tentang puisi #eh puisi ke? entahlah haha
but this means a lot to me right now !


i nak you, i taknak dia. boleh tak? - Genting Highlands, 6 Ogos 2010.

this sentences means a lot to me.
sebab aku tak pernah duga aku akan buka hati aku untuk orang lain.
untuk orang yang aku tak pernah kenal.
untuk stranger.

jika aku memilih rupa, aku takkan memilih kau.
jika aku harap aku dimanjakan dengan kemewahan, aku takkan memilih kau.
jika pangkat dan kedudukan itu adalah segalanya, aku takkan memilih kau.
jika lelaki yang bekerjaya menjadi pilihan aku, aku takkan memilih kau.
tetapi aku tetap setia dan memilih kau.


saat aku celaru untuk memilih kerjaya, kau di sisi.
saat aku runsing untuk memulakan kehidupan baru, kau di sisi.
saat aku memutuskan untuk meninggalkan dia yang menipu aku, kau di sisi.
saat aku menghadapi pemergian kakak tersayang, kau di sisi.
saat aku memerlukan bahu untuk menangis, kau tetap di sisi.

episod luka itu sangat memberikan kesan mendalam kepada aku.
luka itu tak pernah sembuh.
luka itu sangat dalam.
tapi aku tetap mencuba untuk mengubatinya.
sedikit demi sedikit walau pun kau tak nampak.


i nak you, i taknak dia. boleh tak? - Genting Highlands, 6 Ogos 2011.
i asked you to repeat the sentences.
bukan sebab tak puas hati.
bukan sebab untuk mendesak.
tapi untuk kau ingat betapa ayat itu sangat penting untuk aku.
betapa setiap kali hati aku terluka, aku akan ingat kembali moment itu.
betapa besarnya impact ayat itu dalam hidup aku.

sebab ayat itu juga aku rela menjaga diri kau.
makan kau aku jaga.
minum kau aku jaga.
pakai kau aku jaga.
sakit kau aku jaga.
hati dan perasaan kau juga aku jaga.

tapi aku lihat kau semakin menjauh.
semakin lama semakin menghilang.
semakin lama semakin pudar rasa sayang itu.
tapi aku tetap yakin dengan hubungan ini.
kerana sayang aku pertahankan.
kerana kasih aku telankan.

sampai satu saat,
aku rasa kau tidak memerlukan aku lagi.
aku mengambil keputusan untuk berundur.
tak mahu menjadi penghalang dalam kehidupan seharian kau.
tak mahu menjadi kekasih yang tidak memahami.
tidak mahu kau terus membenci aku.
dan tidak mahu orang lain turut membenci aku.
aku mahu kau gembira.
aku berpuas hati jika dapat melihat kau dari jauh.
aku sangat berpuas hati.

kau menghalang aku pergi.
tapi aku tetap mahu pergi.
bukan sebab membenci.
tapi tak sanggup terus terluka.
tak sanggup terus menanggung derita.
tapi aku pergi untuk kembali.

dan aku telah kembali.
dengan harapan kau sedar.
dengan harapan aku masih diperlukan.
dengan harapan aku bukan sekadar hiasan dihati kau.
dengan harapan aku diberi hak yang sewajarnya.
dengan harapan hubungan ini menjadi lebih baik dari sebelumnya.

6 Ogos 2012
hati ini menangis lagi.
aku harap kau dan aku bersatu.
tapi kalau kesudahannya tak seperti yang diharapkan,
aku cukup berpuas hati untuk berhenti setakat ini.
sebab, sayang aku hanya untuk kau seorang.
sebab, kasih aku hanya untuk kau seorang.
sebab, hati aku hanya untuk kau seorang.

dan jika aku pergi sekali lagi, aku pergi untuk selamanya.

credit : terfaktab

p/s : merajuk,sakit hati,terasa hati,terluka...
there are differences among them!

Friday, July 20, 2012

Kepercayaan

assalamualaikum...
selamat pagi!!
pagi yang aku belum tido...mata degil takmau tutup entah kenapa..
sebenarnya menunggu seseorang dari tadi tapi hurmm takpelah mungkin ada alasan tersendiri..
tetiba rindu sangat dekat sini ..kesian dia dipinggirkan *sori sayang hik3

Bila dah rindu,macam-macam pulak nk cerita kann...:P
Well,kadang-kadang Long Distance Relationship (LDR) sangat payah.Memerlukan pengorbanan,kepercayaan,kejujuran dan banyak lagi lebih pada orang.Kadang-kadang perbuataan kita tuh bole reflects nilai kepercayaan tuh.Bole tak nak tulis sampai sini saja hihi.
insyallah disambung...

p/s : tetiba takda mood nk menulis...
be strong afifa halim!

Monday, July 02, 2012

Keputusan Final Euro 2012

assalamualaikum....
morning!!!! :p
baru habis tengok euro!!! just quick update

Sepanyol 4 - 0 Italy





p/s : congrtaz spain!!! gracias kalahkan italy for my germany!!haha #kbai

Sunday, July 01, 2012

Love song #1 Marry Your Daughter

assalamualaikumm........
semalam terjumpa dekat youtube lagu ni...
so cute miut! hehehe
dia punya lirik pun..so sweet..in love :P



bawah ni perempuan punya version...
so cute jugak! hee





bole la sapa2 nak amek hati bakal bapa mentua nyanyi lagu ni :P

p/s : for my future ( entah kat mana2 tuh) bolelah prepare nyanyi lagu ni haha

Sunday, June 24, 2012

Journey of two #1 - Merisik


assalamualaikum....
sekarang dah kat rumahhhh yeahhh!! hahaha
ehem!~

Adat merisik dalam adat perkahwinan Melayu memberi makna yang besar kerana membolehkan kedua-dua pihak berkenalan dan memastikan bakal suami dan isteri adalah berasal dari keluarga orang yang baik.Bila merisik, pihak lelaki akan datang kepada pihak perempuan dengan dianggotai oleh ahli keluarga yang lebih tua dan diiringi tepak sirih sebagai pembuka bicara dan kepala adat. Manakala di pihak perempuan pula
diwakili oleh ibu bapa ataupun orang tua-tuanya.(copy paste)

okay! ni lah intro paling kontrabersi aku penah buat..eh penah aku copy paste :p haha
bila dah intro macam tu mesti la ada kaitan isi selepasnyaaa niiii~ *blushing*
ermmm tak tau nak cita mula dari mana hee

~
Satu perjalanan yang aku rasa sangat besar sekarang ni.Satu langkah yang mungkin mencorak masa akan datang.Dalam Islam pun cakap rahsiakan pertunangan hebahkan pernikahan kan,so atas dasar nih walau belum sampai tahap tuh lagi aku rahsiakan dari sesiapa kecuali family or some people je yang tau.Dan atas dasar aku sendiri tak pasti dari mana dan ke mana arah tujuannya lagi dan Perkara ni pun berlaku dengan tak dirancang.So conclusionnya rahsiakan dari orang dan bestie2 jugak :P maaf ye kawan2 hihi Bukan tak nak cerita,kan dah janji nak cerita bila kita jumpa tapi tu lah tak jumpa-jumpa pun,so aku cerita sini dulu.Boleh jadi kenangan satu hari nanti,insyallah kalau ada jodoh yang panjang.Perkara ni berlaku masa study week,kebetulan aku balik dan adik mr.SA ni nak daftar matrix perlis which means satu family dia datang perlis.Disebabkan dua-dua family dah tau pasal kami,so parents dia nak datang rumah.Aku cakap mak aku,dia kata okay la,takkan tak bagi orang nak datang rumah.so aku pun okay la.Then tetiba mr.SA cakap nak merisik terus sebab parents dia cakap memandangkan rumah kami ni jauh,dah alang-alang datang merisik ja terus.Aku?? GULP!!! terkejut dan berdebar-debar! siot je..adoii debar-debar macam mana nak bagitau mak aku..errrr...speechless..but apa pun aku kena bagitau jugakkkk!Hari isnin adik dia daftar matrix perlis,hari selasa nak datang rumah aku.Malam isnin tuh baru aku bagitau ma aku hal merisik ni,firstly ofcozz la ma aku terkejut, tetiba ada orang nak datang merisik anak dara dia yg HOT ni..eh? tak haha Malam tuh jugak discuss dengan ayah aku ..rasa nak lari laju-laju dari rumah ja..malu!!! haha tak penah lagi nak bersembang baek pasal hal-hal ni.Actually parents aku pun tak sangat pasal mr.SA ni just kenal dekat facebook(zaman moden kan haha) dan tau la aku berkawan dengan dia.Aku bukan taknak cerita lebih2 pada sapa,perihal aku dengan dia ni,tapi tu la kadang-kadang rasa fobia nak hebohkan perkara ni,dulu aku couple hampir 4tahun,at last NOTHING! Setakat 2 3 tahun ni,aku sendiri tak pasti.Aku rasa lebih baik tak payah la nk pulun bercerita sangat kan haha tak jadi malu je kannn uolssss.... @_@

so aku cerita sikit-sikit jehhh.....

Malam tuh berdebar nak tido..lawak sangat bila ingat balik..bukan nak tunang pun kannn haha tapi dah mengantok tido la jugakk...pagi tuh bangun buat macam biasa ja.Family dia nak datang dalam kul 10 or 11a.m sebab petang tuh nak balik klang dah.Aku sempat la lagi p teman ayah aku p bangunan apa ntah hantar something,sempat la jalan-jalan haha then balik rumah.Dalam 9 lebih dia dah kol nak sampai..grrr!~ awai sangat,memandangkan dari malam tuh aku bajet nak pakai t-shirt dengan seluar ja,so aku relax ja la...tetiba mak aku tanya takkan nak pakai baju ni,dengan bangga aku cakap ya! haha okay sempoi sangat eh? hee mak aku suruh tuka baju kurung,ok la fine,anak yang baik menurut
perintah hihi masa tengah tuka baju la family dia sampai.Ceh memang kelam-kabut dalam bilik bersilat dengan tak iron baju dengan tudung lagi.memang pakai mana sempat ja hoii...jawabnya memang aku tak sambut depa la...ayah aku ngan mak aku ja hihi then dah siap semua nak keluar bilik ..debar sampai rasa nak keluar ikut tingkap ja haha terpaksa keluar jugak,semua pandang aku,gulp! okay takpa senyum :) parents,adik dia and 2 orang sedara ja.nasib baik tak ramai ngee~ Masa salam mak dia,mak dia tanya aku 2 3 patah aku pun cakap 2 3 patah haha just bertanya khabar then terus masuk dapur,anak dara sangat kannn! haha *malu*
Anak dara kena duk dapur je buat air :P dengar la sikit-sikit ayah aku tengah disscuss.Si dia kena duk luar, padan muka :P lepas discuss baru dia masuk kenal dengan parents aku...keputusannnnyaaaa
BUKAN NAK KAWEN SEKARANG!~ sekiannn haha memandangkan degree aku lagi 2 tahun,dia lagi bertahun-tahun,kalau still ada jodoh nanti tunang terus :P so sekarang kita enjoy !!! haha

Panjang rasa pulak entry ni,sori heee parents dia ada belikan cincin but ayah aku cakap takpa nanti kalau tunang baru kasi,merisik ni tak perlulaa sebab masa panjang lagi,kita tak tau lagi masa depan macam mana,bukan nak mendokan benda buruk berlaku but kita hanya mampu merancang,ALLAH menentukan semua kan....
nak cincin macam ni bole x haha :p

p/s : rasa macam sedih jugak tak dapat bergambar
untuk kenangan huhu

Friday, June 15, 2012

Cepatnya Masa Berlalu



assalamulaikummm...hey guys! :P
finally..final is over..OVER! for sem 4!!yeahhh!
seperti biasa..aku menjadi antara orang yang terpilih dalam UMP ni
habes paper lambat!!!*sayang UMP sangat*

dah 3sem berturut-turut,so aku dah tak heran...setakat habes paper lambat apalah sangat kannnnnnnnnnnn uuoollllssss*Sedapkan hati sendiri*
next sem aku dah masuk TAHUN 3..oh cepatnya masa berlalu...
rasa tak cukup ready nak tempoh alam selepas ituuuu...kerjaa..kawenn...
oh no! rasa macam duk main aci ligan lagi dengan kawan-kawan sekolah :P...*rindu*
rasa macam baru dapat tawaran masuk universiti...padahal lagi 2tahun dah nak grad..doakan ^_^
dulu masa sekolah.. nak je cepat masuk universiti,nak kerja...
sekarang dah masuk universiti,takot pulak nak menempuh alam perkerjaan...
rasa macam nak balik zaman sekolah je...nak seronok2....

rindu masa ni :p

ni keadaan sekarang @_@


dulu takda masalah berat2 nak pikir...*rindu lagii*
tapi nak buat macam mana...hidup kita bukan makin muda..makin tua..makin dekat dengan ALLAH
apapun kita kena tempuhi dengan redha~
tempuhi dengan rasa seronok...insyallah ALLAH permudahkan segalanyaa kann...insyallah :P

p/s : penatnyaaa kemas barangg......boleh kurus tiap2 hari camni :P


Tuesday, May 29, 2012

Rahsia

assalamualaikum....
lama sangat tak menuliss kaannnn...
sekarang ni aku study week SEM 4!...halfway already ^_^
tinggal lagi 2tahun...doa2 dipermudahkan semuanyaa...aminnnn....
harini tetiba mood nak menulis datang...nak bercerita...
tapi takmau bercerita dekat orang....nak bercerita dekat sini...nak ambil masa..
nak pikir....nak cakap..nak cerita perihal diri sendiri...

salah satu sifat ada dalam diri adalah perahsia !
kadang2 bole menjadi baik dan buruk pada diri sendiri...
dari dulu lagi aku tak suka orang lain bercerita tentang perihal aku..
satu kebaikan boleh mengelakkan orang lain menambahkan dosa je kan :P
maybe sebab aku seorang dalam keluarga....
sifat berkongsi tuh kureng dalam diri ....hihi
entahlah sesetengah perkara aku suka bergosip-gosip2...
tapi sesetengah perkara yang belum pasti..aku tak suka bercerita benda yang tak pasti
benda yang aku sendiri tak tahu kemana dan dari mana arah tujuannya
suatu masa tu akan datang dengan sendirinya..
masa tu tanyalah apa saja....aku jawab dengan senang hati ^_^

p/s : maaf andai aku tak boleh bercerita sekarang...
bukan tiba waktu masanya lagi..



Monday, May 07, 2012

Mengatasi rambut gugur(Cara trandisional)

assalamualaikummmm....
just nak share something dengan korang semua =)
tengah google benda ni sekarang...nanti balik kat rumah baru nak try :P

CARA PERTAMA

Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan memang digemari semua orang ternyata berkhasiat dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Caranya : Bahagian isi kulit tembikai (warna putih) tusuk-tusuk supaya keluar cairan.
Kemudian gosok pada kulit kepala beberapa minit.Lakukan seminggu sekali.
sumber : SINI

CARA KEDUA

Bahan-bahan yang diperlukan :
a. 1 sudu minyak zaitun
b. 1 sudu madu
c. 1 sudu serbuk kayu manis
Cara penggunaan :
Campurkan semua bahan sehingga menjadi pes. Sapukan bahan tersebut pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Basuh dan amalkan sekali seminggu.
sumber : SINI

p/s : yeee saya tau,dah lama tak update blog..soriii T_T

Thursday, March 22, 2012

Genting with love :P

assalamulaikum.....
ohhhhhhh lama sesangat tak update blog kn....haishh...
rasanya masuk sem baru ni..bru 3 kali hupdate....
minggu sibuk2 ada pulak niat nak update kan...haha
aku pun tak paham dengan diri sendiri LOL :P
entry ni pun malas nak taip panjang2..boleh kannnnn...*dasar pemalas* keh4





















semua ni classmates aku...ada jugak tak dapat pergi masa ni T.T
total menghabis kan duet RM200...
tu pun sebab ada singgah kl..times square..shopping lg ^_^
tempat tido : hotel seri malaysia...share2 la kn.....
kat gentinng ktorg makan dekat mamak !so boleh jimat...
actually mesti ramai yang tak tau kn kt atas tu ada mamak! oh yeahh...
memang masa kotrg pergi makan tu..mostly pakai uniform kerja ..kira yang kerja kat genting tu je yang tau pasal kewujudan mamak tersebut!*pelik pulak spelling aku rasa..*
korang bole lah cari kat bawah2 tanah tuh....haha
tak teringat pulak nak tangkap gambaq masa kat mamak tu sebagai bukti kukuh :p
yela..selama ni pergi mamak...mana pernah tetiba nak tangkap gambaq ye dak??haha
serius bole jimat bab2 makan ni..yela kalu nak makan kat dalam tuh...paham2 la kn..lain la korang kenal tokey yang jual tuh hihi....
*selamat mencari kedai mamak bawah tanah *


Thursday, March 01, 2012

Kesepian

assalamualaikumm....
owh lama aku biarkan blog kesepian...
kesian dia tinggal keseorangan...
bukan sibuk tapi entahlah..semangat nak menulis tuh tak cukup kuat...:P
bukan tak ada cerita,ada...cerita kahwin...cerita genting highlands...cerita UMP...
cerita kahwin..bukan aku yang kahwin...but ada orang ajak kahwin :P
cerita genting...aku pegi 1st week kuliah start....so nice...
cerita UMP.....cerita lecturer...cerita kuliah...oh banyak...
erm mungkin weekend aku menulis...insyallah hehe...
owh nangtok...esk kelas pukul 8 lagi.....nak tido..nak tido....

Monday, February 13, 2012

SEM 4 sudah!

assalamualaikum.......
lama tak menghupdate blog ni kan...even dah cuti pon...hehe
pejam celik pejam celik oh dah habis cuti sem rupanya...
rasa baru kelmarin ja balik aloq staq...harini dah kat pahang...
dah start kuliah 1st day!! yeayy!!...*semangat hari pertama ye dak?kih3...
result sem lepas?!
alhamdulilllah.... bole dibanggakan...harap2 sem 4 DL kot~!
perghh! berangan haha..insyalllah lebih berusaha...
doakan aku berjaya!AMINNNNN

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH KAWAN-KAWAN :P

p/s : oh jeles dengan budak2 uitm masuk bln 3..untunglaaaa

Tuesday, January 31, 2012

Happy Belated Birthday KBU!

assalamualaikummm....selamat petang..uolllssss....
*dah lama xgediks2 kannn...^_^
bersedia untuk membaca entry yang panjang ye arini...kalau taknak bole clt+alt+f4...sila cuba :P
hai entry special sikit untuk KBU...apa tu KBU??
*sila pengsan kalau xtau huh..
actually semalam
HARI JADI KBU!!!yeayyy...
memandangkan semalam..line macam siput nyawa2 ikan2..tak bole la nak publishkan lagi entry

sekejap je dah setahunnn....nak bagi hadiah...
errmmm satgi kena bagi hadiah kt semua penduduk
yang ada 594 - 1(aku)= 593*tudiaaa aku yang pengsan nt.. *_*
aku tahu pasal KBU ni dari makcik NI...(my bestie actually hihi tapi rasanya dia tak pernah join pa2 kot..)..dia habaq kata dia tau dari gadis kampung separa bandar = para-para kot haha :P *sori Gk..melawak ja..hehe..
owh menarik ni...tertarik ni..so buat la entry yang big bosss suruh ituuu...
then satu hari.. Afifa Halim was added to Kami Blogger Utagha group kat fb...
masa tu baru ada 11 penduduk kat situ..so wall takda la semeriah sekarang...
takda la kadang2 jadi papan iklan macam sekarang kannn uuoolsss~
memandangkan baru 11...so chatbox kat bawah tu masih lagi berfungsi..
tapi sekarang dah takda T.T..rinduuu...

masa zaman2 chatbox tuh ada...memang meriahlaahh...sampai mata pusing2 nak baca...kelajuan dia kalau ada JPJ pun tak sempat nak hambek gambaq nak saman haha...
sampai ada orang marah..sebab selalu naik kat profile depa...macam menganggu kententeraman(pandai2 la hampa sebut noh).....
ni la chatbox...99++...amek hang pusing mata nk baca..haha

masa tu kenai big boss,Nora Elena,papa khai,munet,shahjihan(sekarang dia takda dah..atas sebab3 ermm entahlah)...rangers muslimah (k.aimaa nih hihi)..aina..adi suda...incik
angah..megat..,then kenai onie..pemilik ladang tomato(erika rain)...erm sapa lagi ekh tertinggai...ramai jgk...
makin lama makin bertambah la penduduk dalam tu...

kenai pakcu..kakakecik...kak kira...nadh...afro...anith..ermmmm dan lain2 lagi...kalu nak sebut semua...kenai wat entry bersiri satgi wohaa!!!

bila dah 200++ hilanglah chatbox itu...penuh pulak kat wall....incik notificationsss tu memang melimpah ruah laaaaa......pakat duk gosip2 pulak...siap ada buat in relationship lagii..#memangretissskan....
retis dgn big boss tuh...hehe
not take seriusly okay! ^_^

tapi bila dah ramai2 ni..dah tak kenai sangat semua...
Ada yang tak pernah muncul2 muka...
tapi still meriahhh.....bila dah duk hingaq dalam fb..
mesti teringin nak jumpa kan?...munculah
idea nak buat gathering....1st gath dekat tanjung asam penang...
then banyak la gath2 yang lain...
memandangkan aku ni dah tercampak p pahang nuh...
so takdapat la nak ikut....
kebanyakan gath memang tak dapat nak join..terkilan la jugak...tapi nak buat camna...dah jauh di perantauaan(harini spelling memang fail)!

bila dah makin ramai...makin rapat...kadang2 aku pulak jadi segan..hihi..
tapi still merapu2 lagi..kalau sempat...dulu KBU wujud..masa tu baru tahun 1 sem 2...
sekarang dah berbizi sikit..kadang2 je la dapat join...
1st gathering
masa raya...

yang ni aku dapat ikut! :P

ada lagi gathering lain...takdala nak tempek semua gambaww kat sini ye dok...

hmmm lepas habis belajaq baru bole nak join la kot huhu
*agak2 masa tu mostly pakat dah kawen la kot...hehe...

semoga KBU kekal..dan meriah selalu.....


we are family

***!LOVE KBU!***





Wednesday, January 25, 2012

Bila dulu kau dah rasa habis2 move on..tetiba setahun lepas tu..kau tak rasa move on


assalamualaikum......
lamanyaa blog tersadai :P
padahal cuti dah seminggu lebih...^_^
mood cuti kali ni memang sehabis cutilah..cuti dari segala benda termasuk on9...
(on9 sekijap2 jee hee)
lagipun takda benda nak story mory...actually ada tapi kemalasan nak menulis tu..rasa berat sangat nak taip ..sory yar ^_^


lepas aku habis exam haritu rasanya aku mengalami satu penyakit
"bila dulu kau dah rasa habis2 move on..tetiba setahun lepas tu..kau tak rasa move on"
maybe aku sorang je kena penyakit nih...haha adoiii...sangat susah okay..rasa macam
baru putus cinta..T_T
tapi sekijap je..sebab now aku dah okay...
(rasanyalah..jangan setahun lagi jadi benda yang sama ..LOL)
banyak benda sekeliling buat aku rasa macam tuh...entahlah diri sendiri tak dapat mentafsir..
persoalan yang aku sendiri tidak punya jawapan...
dan ditakdirkan aku ternampak dia with someone...

happy for him actually :)
aku dan dia tak mungkin macam dulu..kenyataan tu memang aku terima 2tahun lepas...
tapi kadang2 terdetik kat hati aku...
setelah hampir 4 tahun...aku sekadar menerima keputusan dia buat tanpa aku berusaha sungguh-sungguh nak mempertahankan hubungan kami...
well aku punya alasan tersendiri...
"bila hati kau dah rasa taawar dengan segala benda,kau akan terima apa sahaja yang berlaku"
lepas hampir 2tahun..baru terfikirkan keputusan aku buat...
mungkin dulu aku sekadar nak lari dari masalah ni semua...
nak lari pada kata hati sendiri...nak lari dari hakikat..
tapi aku percaya..masa adalah ubat yang paling mujarab
itu yang aku perlukan...

"Take a second out to think about this: in your life you search and search for the right person for you. Every time you break up with someone you get one step closer to that person. You should look at moving on as getting closer to meeting the one"

p/s : kini aku juga punya bahu untuk bersandar tatkala aku bersedih
thnx..ilysm ^_^

Thursday, January 05, 2012

Redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah...


assalamualaikum.....selamat pagi!!^_^
5/1/2012... 2.13AM....
1st entry untuk tahun ni!!! yeahhhh!!!.....
over tauu..hehe...
aku bermula tahun ni dengan study week T.T...
dua paper dah lepas...alhamdullillah....lagi 4 paper..masyallah!sabar je lah...
rasa nak balik membuak2 je nih...hati dah sampai rumah rasanya....
takda apa nak cerita pun...hari ni hari rabu..WORDLESS WEDNESDAY..
tapi hari ni aku takmau la nak berwordless sangat kan...
just nak buat entry tak berfaedah nih haha *takda tujuan*

nak share something aku jumpa dekat facebook...

wish me luck okay!..
and gud luck yang tengah final tuh!!


p/s: kalau orang cakap redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah..
kini aku hanya mampu pasrah...
aku dah tak cukup kuat nak mempertahankannya
andai kata itu bukan hak aku..
insyallah suatu hari aku redha .....