Followers

here....

Sunday, January 23, 2011

Aku addicted tapi aku bukan DRUGS ADDICT!

Salam!!...
akhirnya ada jugak masa aku untuk membebel kat sini...
kadang2 tu bukan tak ada masa tapi mood tidak mengizinkan..chewah2..hihi
tapi betul la kadang2 nak menulis dia perlu jiwa ok? *wink*
so kalau aku tak ada jiwa nak menulis sangat,apa aku buat?
mostly fb but fb now getting bored!
so aku blogwalking laa tapi kadang2 tu boring jugak...
so apalagi aku main game lah!haha
tapi aku tak adala main dota ke apa2 tu...(mana aku tahu nak main)
layan game biasa2 je..
kawan laki aku cakap game budak2..
arghhhh apa aku peduli
janji aku tak boring
dan aku percaya antara ramai2 nih mesti penah main kan?*angguk

aku ingat lagi 1st game aku main sampai agak addicted adalah ZUMA!
ni game old skol punya~
sekarang adalah lagi tapi tak ramai kut yang main
aku pun tak main dah tapi kadang2 tu main jugak
tumblebugs lebih kurang zuma jugak~

then
aku boring dengan zuma aku main DINER DASH
sempat la jugak aku buka 4 restoran( kalau korang main paham la..)
yang kuciwanya masa tu lappy aku buat hal
terpaksa g format!
habis semualah...then aku pun lupakan DD
selain DD nih aku adala jugak main WEDDING DASH,FASHION DASH
( serius macam2 budak2...haha)
tapi 2 2 agak memboringkan..kejap je aku main


lepas kuciwanya aku lama jugak la tak main
aku datang ump
ambil la game baru iaitu PLANT & ZOMBIES!
mula2 tu tak adalah addicted sangat
rumate aku yang addicted sangat2..haha
sampai tak tido lah main benda alah nih!
(ceit..bukan tak tido sebab study)haha
kira tahap otai la main benda nih..aku bawah sikit lah pada dia...



masa cuti sem haritu
aku memang crazy ar main CRAZY TAXI!
yang nih pun sangat addicted
tapi yang boringnya dia tak banyak sangat tempat
so xberapa nak luas pemandangan! haha




NOW!!
aku addicted main CITYVILLE!
alaaa yang kat fb tuh..
kalau korang nampak aku on9 fb tuh
tak lain tak bukan aku main benda alah nih!
game ni bukan budak2
sebab aku tengok bapak orang pun mainlah!
dalam ramai2 neighbors aku yang paling high level
bloggers jugak..CERO!
perghhh memang tak boleh nak kejar la dia nih

lepas aku boring nih..entah apa pulak aku nak main..cipta sendiri boleh tak ekh??

p/s : baru aku sedar yang aku nih cepat jugak boring dengan sesuatu benda tu!

Wednesday, January 19, 2011

JOM GEGAR BLOG!!


Salam semua....
perghhh! lama betul tak jenguk blog nih.
nak buat macam mana..
ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..
chewah...
ni pun aku curi2 masa nak update

untuk kali kedua aku nak join segmen dari abg ben kita ni nih...
syarat2nya..blog tiada virus
insyallah blog aku ni masih suci..hihi
tak ada bahan2 heavy metal...takda2..
last!
blog ni memang aku punya lah!...haha

p/s : korang perasan tak dah 3 entry berturut-turut aku tulis pasal abg ben?hihi
bukan apa...aku tak punya cukup masa untuk
membebel dengan lebih panjang..
insyallah weekend nih yer~



Saturday, January 15, 2011

Ben Ashaari ...


salam...
pagi ni aku bangun macam biasa...
kemas2 tempat sikit...on laptop..bukak fb...bukan blog...
TETIBA2!
aku nampak muka abg ben ashaari kat follower tuh!
eh betol ke?? * gosok2 mata sikit...
aishh rabun ke aku salah tengok nih....
cuba bukak members tu..
walaweyh!!
abg ben jadi followers aku laaa
perghhhh! tak sangka....
kalau korang tak percaya

nih amik bukti..heee

Thanx abang ben sudi jenguk blog yang tak seberapa lagi nih...
baru2 belajar ..hihi
yelaa follower pun tak sampai 50 orang lagi
kalau blog lain tu dah riban2 da follower...

untuk follower lain pun terima kasih
sudi follow blog aku....
sayang korang!!!!!..hehe

baru 2 hari lepas aku tengok
entry pakcik ni Cloud 9
yang abang ben jadi follower dia...
hari ni aku plak...hehe

thnx yar semua!...

p/s : bibir aku senyum..tapi hati aku tak seiring...


Friday, January 14, 2011

"APAKAH DOSAKU?"

Salam..
setelah sibuk berblogwalking untuk segmen anjuran abg ben
akhirnya aku ingin berehat sebentar...
yela blog pun perlu diupdate jugakkan....
berbalik kepada tajuk entri ini " apakah dosaku"?
sebenarnya baru2 ni kat UMP terchenta aku ni dianjurkan
satu malam puisi dinamakan
MALAM PUISI RIONG UMP....



Malam puisi ni membawa mesej keinsafan
berhubung dengan gejala pembuangan bayi...
tetiba blog aku dah jadi macam karangan spm..hehe

1st impression aku untuk program ni adalah sure boring!
yelaa mana taknya malam puisi tuh..
aku nih mana reti bahasa2 puisi ni....adoiii
tapi
yelaa nama pun student UMP pergilah bagi sokongankan..baik x aku?haha



program ni korang tau tak sapa pengacara? mestilah x...hehe
ahmad fetri yahya yang pengacara MHI tu!...
fuhhh...riuh rendah kompleks bila dia keluar....


orang pertama malam tu yang baca puisi NC aku lah kan..
then adalah ramai lagi yang aku tak berapa kenal...
tapi
sangat bez diorang berpuisi!..

malam tu yang sangat mencuri tumpuan ialah
Taheera,Fynn Jamal,Imam muda Asyraf dan
RAMLI SARIP!!!!!!!!



suara Taheera yang sangat sedap didengar...lagu puisi yang sangat best..
taheera ni aku tak berapa kenal sangat..ada sesiapa kenal dia x?nak tahu jugak lagu2 dia..

ni taheera..aku pun tak kenal..hehe


Fynn Jamal yang sangat slumber atas pentas...sangat spontan dan santai!
akhirnya di malam puisi riong aku dapat jumpa fynn jamal!!
aku sangat suka lagu2 dia...siapa tak kenal dia?
andaa loserrrr....haha
tak ada la macam tu kan
tapi aku syorkan korang dengar music dia!....
tak kenal maka tak cinta

akhirnya orang yang ditunggu2 muncul..
eh tunggu ker?hehe
Ramli Sarip dengan persembahan yang buatkan
aku yang tak pernah minat dia...
jadi teruja! haha...
Kesimpulannya malam puisi riong ni
sangat enjoy!
rugi sapa tak join!

kat bawah ni aku tinggalkan korang dengan dua buah video fynn jamal...






p/s : kawen ni senang dan mudah saja!...

Thursday, January 13, 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U'




salam...
wah2..hari ni mood aku baek punya sebab tu rajin nak join contest dan segmen!
segmen ni dianjurkan oleh abang Ben,sapa tak kenal abang ben? baik korang
terjun katil sekarang! haha
1st time weyh nak join segmen abg ben yang meletop2 tu..
selama nih menjadi pemerhati ja hihi
lagipun segmen nih macam besh je nk join~

belajar mana?jurusan apa?tahun?

aku belajar kat UMP..korang tahu x? x? ok mai cheq nak habaq...UMP tu Universiti Malaysia Pahang yang terletak di Gambang,Kuantan Pahang.
amek jurusan Chemical Engineering(Biotechnology)
baru sem 2 Tahun 1 hihi...

asal mana?umur?

cheq orang utara..lahir kt Penang..anak mami hee
tapi tinggal kat alor staq!
umo kalau ikut tahun ni 20 la...kalau bufday bru 19 ..
ok tak nak ngaku da 20!..huhu

kenapa amek jurusan tu?

sebab entah haha actually aku minat kimia dan biologi
then ak decide la amek coz ni mengabungkan 2 2...

cita-cita

gulp!..pe ekh?hehe dah nama amek coz engineering
ofcoz la teringin nak jadi engineer..harap2 ada rezeki..amin...
tp dulu banyak la cita2 aku..hehe








1st contest!!...



salam ...

yeahhh!!
ini lah 1st contest aku join selama berblogging nih...apa yang menggerakkan hati aku nak join? erm ntah..hehe aku sebenarnya ditag oleh seorang kawan A cup of Tea..so memandangkan contest ni agak simple dan senang ak join la yer !....



contest ni dianjurkan oleh cik hana
dan kat bawah ni gambar yang aku pilih.....




4 orang yang aku nak tag adalah

ok done! terima kasih.......

Wednesday, January 12, 2011

KENA HACK???!


Salam semua...
aku masih berada dalam keadaan ting tong! sebab??
sedang aku berfacebook tetiba keluar benda alah nih!! sila lihat bawah sebagai bukti...
............................................................
................................................
.......................




cisss!....adakah ini berlaku kerana account aku kena hack???

atau

kerana aku terlampau degil tak tukar ke layout baru
( dan sempat mengutuk didalam blog ini)
menyebabkan zack telah membuat keputusan untuk meremovekan aku
sebagai pelanggan setia dia?

atau

zack terbaca semalam aku mengutuk dia dalam chatbox?haha

atau

dia nak suruh aku study betol2 sem ni..wee~

what the fish!!!..ingat aku heran sangat kalau dia nak remove aku...kau yang rugi la beb! haha

p/s : mustahil zack nak baca blog aku..reti ke dia bahasa melayu?haha




Friday, January 07, 2011

saya blogger kedah~


salam semua..
hari ni aku tetiba excited!!wee~
setelah tak ada kerja aku nak buat seperti biasa la aku jalan2...bukan jalan2 mana..jalan sini jugak..blogwalking...yela sementara asgment baru suam2 kuku ni lah aku patut amek peluang kan..nanti kalau enjin dah panaz..maunya nak datang jenguk blog sendiri pun tak sempat beb!

eh membebel pulak aku nih..sebenarnya apa yang aku nak cita nih..bila aku jalan2 nih aku ternampak la satu segmen nih blog pilihan malaysia..wohhaaa! nak join....tapi malangnya dah tamat la pulak..ok sedey :(

tapi tak apalah anggap je tak ada rezeki kan..aku berblogwalking je la yang mana ada kat situ kan...tetiba satu entry " tarikh dilanjutkan!" yeeahhhhh..dengan semangat berkobar2 terus bukak new post!hee


segmen ni dianjurkan oleh tuan tanah nih
jum pakat kita join noh sempat lagi sebab dia tutup
10 januari 2011

jum kita kenal2...

nama diberi nor afifa halim
boleh panggil afifa,fif,fa...or suka hati hampa la kan..

status : errr...single lagi la weyh..haha

cara nak contact aku : fb- afifa halim(ell_z_na@yahoo.com)
ym- ell_z_na@yahoo.com
twitter - ladyafiefa
email - lady_afiefa@yahoo.com ( aku lebih prefer email nih)

cheq tinggal di alor staq! yeah!
mai la jalan2..kalau mai bgtaw awai2..

rumah terchenta terletak di simpang kuala...
taman2 dekat situ la kan...

apa yang menarik : haa dekat dengan pekan rabu!..haha

ok
sekian terima kasih~

Thursday, January 06, 2011

Surat terbuka dari cik afifa~

salam semua..
agak lama aku xmenupdatekan blog...bukan tak ada benda nak cita,banyak sangat tapi 2 lah keadaan jiwa yang agak tak tenteram nih aku perlukan masa dan ruang untuk berbicara dengan diri sendiri~ alahai sedih la pulak..biasalah ujan2 kat sini ..mood pun agak mendung lah hee~

aku sebenarnya tak tahu nak mula dari mana ni..dari kiri,kanan,bawah,atas,depan,belakang??*blur seketika! bukan apa aku sebagai seorang manusia yang masih mahu menjaga hati orang...yang masih ada sifat sabar,rasanya tak perlulah nak marah2 kat sini melampau2 kan....tapi aku juga seorang manusia biasa yang ada perasaan apabila manusia lain berpura2 baik depan aku walhal kat belakang astaga~

eh bila aku nak mula cerita nih,intro dah la panjang haha ok2 untuk dipendekkan cerita aku ada pesanan untuk seorang perempuan dan seorang lelaki yang aku anggap "kawan"...

untuk si perempuan :
aku sebenarnya tak tahu apa masalah kau nih ekh?aku sekadar berkawan dengan bf ke ex-bf kau tu,bukan bermakna aku nak kat dia! walaupun aku suka,sori to say saya tak berminat dengan hak orang!..kau pernah dengar "setiap orang berhak mencintai dan dicintai tetapi jangan hak tersebut sampai melukai hati orang lain "? kalau tak pernah baguslah kalau kau dengar sekarang ,aku harap kau akan ingat sampai bila2 dan aku harap kau peganglah kata2 ni jugak ok.
jangan risau selama aku hidup nih ak tak pernah ambil hak orang lagi dalam erti kata lain aku tak pernah rampas bf orang! kau jangan risau kalau lelaki sayang perempuan tu betul2 dia tak cari lain kan?..kalau dah jodoh pun tak ke mana jugak...tapi ditakdirkan bukan jodoh,haraplah kau terima dengan hati yang terbuka.Kita ni manusia hanya mampu merancang,tak perlulah memaksa sesiapa sebab at the end kita jugak yang merana..aku harap kau paham~

untuk si lelaki :
kalau kau sayang seseorang tu betul2 jaga la dia.janganlah ucap sayang tapi kau sendiri tak tahu erti sayang itu yang sebenar2.jangan mainkan perasaan perempuan!aku rasaa tak perlulah bersayang2 dengan orang lain sebab perempuan ni mudah salah faham.kalau kau dah tak sayang bagitaw lah dia,tak adalah dia menaruh harapan.be responsible yar~

p/s : xda conclusion utk entry ini!








Sunday, January 02, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

salam semua...
rasanya belum terlambat kut aku nak ucap selamat tahun baru 2011 kat korang semua kan...maaf lambat ..biasalah masalah tenikal yang tidak boleg dielakkan.Itu juga menjadi sebab kenapa aku lama tak update blog.Satu perkataan yang aku dapat gambarkan iaitu RINDU wee~
tahun nih lah aku rasa aku sambut tahun baru dengan suasana sedih sebab tengah menghitung jam nak balik Pahang!...kini aku berada dipahang ..adeh perasaan yang sangat2 tak best! yola cuti kan dah lama dengan result yang tak berapa nak gemilang dan terbilang lagi lah malas..adoii
tapi nak macam mana kita bukannya siapa2 nak menahan sesuatu itu dari berlaku..yang terjadi sudah pun terjadi kan..tabahkan hati ye cik afifa halim :)

  • biarlah yang berlaku ditahun 2010 menjadi pengajaran kepada kita semua
  • jalani kehidupan pada tahun 2011 dengan lebih baik
  • semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik 2011 ini kerana itu yang penting...amin
p/s : sekadar entry untuk tahun baru.tanpa gambar kerana kehilangan mood untuk bersuka ria~