Followers

here....

Thursday, March 24, 2011

SELAMAT HARI TUA SAHABAT~


assalam....
entry khas untuk sahabat tercinta!


24 MAC 2011

SELAMAT HARI TUA YANG KE-20


oh! 20 kamoo suda jadi kakak saya haha...
cik diana ni aku kenal dari darjah 1!!!!
kami satu kelas dari darjah 1 sampai tingkatan 5 lama x?
tapi bila dah habis SPM
masing2 bawa haluan...
aku ke matrix dia ke UITM PILah
sebenaqnya jodoh masih panjang sebab aku pun dapat
UITM PILAH (Diploma Sains)
tapi aku pilih matrix..kalu tak mesti sama kan?
so skang sorang pahang sorang N9...
macammana halangan pun cuti sem MESTI jumpa!...
our friendship will never end!~

lagu khas untuk cik diana!



ada 3perkara saya nak cakap dekat awk

> Terima kasih

> Sayang awk~ ( jangan geli ha3)

> semoga kita menjadi sahabat sampai mati!


p/s : In this world, where everything seems uncertain, only one thing is definite. You'll always be
my friend, beyond words, beyond time and beyond distance.



Wednesday, March 23, 2011

JOM AMEK RESULT!!

assalam
wahh lama tak update
memandangkan sekarang mood tengah amek result...
so nak buat entry psal pengalaman aku amek result la
masa zaman mudo2 dulu...
*sekarang pun muda lg hihi

masa UPSR dulu
p sekolah ambil amek result dengan mama la kan..
cuak gilaa sampai2 sekolah dah penuh...
ingat saja nak p lambat nak bagi orang lain balik dulu...
tengok2 tak berapa lambat laa...aishhh
suh tunggu ayah dalam keta... :)
tengok2 result dah tampal kat board
*tak puas ati aih..xperlulah nak tampal kt board! aduii...
orang punya ramai sampai tak nampak board haha
xpa2 bagi depa tengok dulu..
ermmm
alhamdulillah lulus semua...
tapi macam frust la jugak T_T
bi je dpt B yang len :)
takpalah mama cakap dah rezeki takat tuh kan...


Masa PMR lak...
sebab dah besaq sikit nek moto dengan cik diana hihi
kali ni saja p awai hihi
p sembang2 dulu dengan member2 buat cool la konon
padahal dalam hati aduii
last2 ckgu pnggil gak ikut giliran...
adeh akhirnya nama aku...
dapat2 result* gulp!*
result aku ke nih???tak percaya den...
terus kol mama bgtau...
then baru p peluk ckgu2 kt situ...
alhamdulillah mampu membanggakan keluarga :)
bi kali nih A...yes da tebus balik masa UPSR hihi

masa SPM p amek dgn mama lak hihi
sebab masa tu nak balik penang..
otw tu singgah la sekolah...
yang ni rasanya aku tunggu paling lama
baru la nak kuar...aishhh...
amek2 tuh salam2 ckgu semua..
terus balik penang :)
alhamdullillah walaupun tak bole la nak fly macam orang lain(jeles)
tapi bole la masuk matrix....
dan menjejakkan kaki kat UMP ni
amek chemical engineering..huhu

pesanan buat adik2 yang baru amik result harini..
kalu tak ok tu jangan berputus asa...
kadang2 kita tak tau rezeki kita kt mana...
apply ja yang mana pun....
jangan ingat result elok tuh confirm2
dapat masuk apa yang kita mintak....
kadang2 birokrasi nih sangat rumit dan tidak adil~


p/s : rindu nak amik result cam dulu2...nostagia kn2...
skang dah xda tu semua....huhu






Thursday, March 17, 2011

Miss Conception of my religion~

Assalam
kalian sihat2 ker??
*rasanya baru 1stime tanya korang sihat ke x kn?? hihi
sebelum aku cerita panjang lebar
FIRST AND FOREMOST!!

thank you incik NADH!!!
sebab review blog yang ciput nih
really appreciate it! chewah hihi
and thanx jugak sebab ingatkan pasal entry untuk harini
walaupun dah lama tapi tak pa
ilmu perlu berterusan tak pernah lapuk pun kan?

masa entry sebelum ini aku kan pernah mentioned yang aku ada join
INTERFAITH DIALOGUE kt UIAM GOMBAK
tajuk yang dibincangkan tuh pasal miss concenption of my religion
actually dialogue ni dah kali ketiga,before nih ada tapi tak tahu dan tak peluang nak join~
so panel2 malam tuh aku tak kenal la kan..ada 4 orang mewakili 4 agama yang berbeza

speakers :

Dr.Phang Cheng Kar( Buddhism)
Mr.Chew Phye Keat(Chistian)
Mr.Ragunathan A/L Parasubramaniam(Hindusm)
Mr.Shah Kirit KaKulal Govindji( Islam)

Moderator : Bro Anuar

aku sekadar ingin berkongsi tentang perkara yang dibincangkan malam itu..
dan lebih kepada Islam..
kalau melebih untuk yang lain aku tak tau sangat
nanti jadi kontreversi pulak kan kalau salah bagi information or apa2..
sebab ini pasal agama tak bole main2...

Mr.Shah tu sebenarnya mualaf...dari hindusm to Islam..alhamdulillah
dia convert lama dah...
ada beberapa perkara aku nak kongsi pasal miss conception pasal Islam..
miss conception nih bukan saja dari penganut agama lain tapi kadang2 orang Islam itu sendiri!

  • ISLAM IS A TERRORIST!
fuh!!! rasanya ramai kot negara luar especiallay yang anggap macamni kan??sebab apa?? dipengaruhi kuasa2 besar negara luar!contohnya yang berlaku kt US pasal WTC tuh..start dari situ lagi lar orang percaya yang Islam ni pengganas padahal siapa yang rancang?? mereka2 sendiri..

puncanya Islam dianggap terrorist???
kadang2 dari orang Islam sendiri atas niat nak memperjuangkan agama tapi orang luar (pengganut agama lain) akan menggangap Islam is terrorist~ apbila berlaku macam nih tidakkah akan berlaku kematian?kemusnahan?....Orang Islam yang membenarkan ini terus berlaku...kan Islam sendiri mengajar kita agar berhikmah dalam tindakan.

  • Wanita ditindas
Mengikut pandangan dari luar mereka menganggap wanita2 Islam ditindas..sebab? apa2 yang berlaku lelaki dianggap sebagai ketua,lelaki dibenarkan berpoligami,isteri(wanita) wajib mentaati suami(lelaki) dan macam2 lagi...salah satu persoalannya adalah apabila solat kenapa wanita dibelakang? kenapa tak kat depan ke?sebelah ke?? wanita terpinggir?? secara logiknya kalau wanita solat dibarisan hadapan akan khusyuk ke lelaki dibelakang yang solat? tidakkah nafsu lelaki terhadap perempuan.. ngeh *point taken hihi
kalau tak boleh dibelakang kenapa tidak ditepi sahaja?erm tidakkah solat berjemaah memerlukan bahu bertemu bahu ..macam mana seorang wanita nak solat bersebelah dengan lelaki,bahu bertemu bahu?point diatas diambil sekali lg :)
berada dibelakang tidak semestinya dipinggirkan... tidakkah seorang bos berada dibelakang dan pemandunya berada didepan?? belakang depan atas bawah tak melambangkan apa2...

  • melayu not equal to Islam
mostly orang kat malaysia nih Islam tu orang melayu,mybe sebab tu penganut agama lain menganggap orang melayu je mesti Islam,memang kebanyakan macam tu tapi sekarang nih orang melayu yang Islam pun dah tak mengamalkan cara hidup Islam tu sendiri kn? Orang Islam ada jugak terdiri dari bangsa lain contohnya bangsa India,Cina dan lain2...miss conception ni jugak berlaku terhadap Buddhism iaitu bangsa Cina tak semestinya dia beragama Buddha...


ni lah serba-sedikit aku boleh kongsi dengan korang..insyallah INTERFAITH DIALOGUE 4 aku join lagi...sesiapa pun bole pg....

p/s : nadh ke abg nadh ekh( sebab dia tua dari aku)?? hahaha





Wednesday, March 16, 2011

Tsunami & al-Quran

salaam
harini sekadar repost entry dari blog other khairul
sebenarnya ada jugak aku baca la facebook tuh
banyak hari nak share tapi tak berpeluang
sebab paham2 la line sekarang ni agak tidak mengizinkan
then tetiba harini free skit..line pun walaupun siput boleh la jgk....huhu
jom selami entri dibawah..:)


1. Tarikh yg berlaku Tsunami adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or6/4/1432. (Checked)

2. So, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzud ke 14 Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzud 14 Ayat Quran ke 4.


1. Rujuk di Quran.

[Quran]

Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr (Checked - true), dan ayat ke 4 dari surah AL Hijr menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".(Checked - True - Sahih International)


2. Kedudukan Jepun



[Japan]


Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138) (Checked. Its true)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
Proved yang di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. ( I don't know what the hell is this)

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. Maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53 (Checked. Betul. Its Sendai btw)

Maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
Proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. ( Aku dari tadi tak tahu apa kaitan semua benda ni dengan nombor 3)

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia. Gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

So 1+4+4+6 =15
So next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku gempa bumi. (Checked - Gegaran naik slow-slow start dari sekitar pukul 6 UTC)


4. Hari melapetaka.


[The Down]


Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. So angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. (Yup yup. Tapi macam mana pula dengan angka 4? Kenapa ada nombor yang tak represent apa-apa? Mungkin kerana ianya masih rahsia. Who knows?)

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.

*******************

Aku nak pertikaikan article ni. Maklum lah, orang zaman sekarang suka sangat reka benda-benda kontroversi macam article freemason dan illuminati tu. Dan kalau macam article freemason / illuminati, free-free je aku boleh pangkah dan hentam.

Dari article di atas, ada benda yang boleh dipertikaikan. Tapi... I got no solid reason to doubt it, tak macam entri-entri Freemason dan Illuminati yang merapu. And, article di atas adalah AWESOME. Aku tak tahu siapa buat article di atas, dan aku tak boleh nak pertikaikan langsung. Holyshhhh. Ini lah article pertama yang aku tak boleh nak pertikaikan. And it is damn true.



p/s : Mr.K saya admire kamoooo!!! hahahaha

Thursday, March 10, 2011

T-shirt KAMI BLOGGER UTAGHA!

salaam
geng2 KBU nak tempah tshrt~
so aku nak promote kat semua!!
jum2 beli...
bole tempah lagi nih...esok LAST!!!
cepat2...

Harga
RM 25 (Lengan pendek)
RM 27 (Lengan Panjang)

(kain cotton)

dan untuk tambah Link hanya dikenakan RM 2

Postage RM 6

Saiz dari XS-XXL

Kalau yang ragu-ragu untuk saiz, saiz S=36


Kalau nak order isikan butir berikut

NAMA:
URL BLOG: (sertakan sekali jika ingin letak link di baju)
SAIZ:
LENGAN BAJU:
NO TELEFON:
POSTAGE: PERLU/TIDAK PERLU

Dan PM inbox FB Cik GKSB

ok untuk pengetahuan korang2 semua ni
ni contoh t-shirt yang akan dibuat beserta link..

yang nih design kartun yang betol2 punya...


untuk lebih lanjut boleh berhubung dengan cik gksb

p/s : jum beli cepat sebab nanti ada gath kt penang!

Tuesday, March 08, 2011

Tersenyum.....

salaam
cerita pasal weekend mgu lepas? haha
sori entry lambat dipostkan...maaf2..
ingat dah tak mau cerita tapi memandangkan
still terbayang2 keseronokan itu
nak cerita jugaklah!.. :)
weekend mingu lepas nak habaq mai kat hampa semua
perghhh! full dari jumaat sampai ahad..+ isnin
penat tapi best! enjoy!

kisahnya bermula petang khamis..
apabila satu kelas pada petang khamis dibatalkan
serta kelas ahad pagi dibatalkan...
petang khamis tuh aku ngan classmates aku
riuh rendah bila kelas dibatalkan..
*kalau korang student korang faham perasaan bila kelas batal kn2! hahaha
riuh rendah la..tetiba budak2 laki timbul lah idea
nak pegi mandi air terjun!
walaweyh pe lagi...semua pakat nak ikut...
bincang punya bincang dalam 16org nak pegi..hampir satu kelas
*bincang ke gaduh aku pun tak tau sebab semua pakat nak cakap..
sapa nak dengar aku pun tak tau haha
then budak2 laki yang kreative lg innovative mulalah keluar idea diorg yang bombastik tu
nak buat BBQ!
so bla...bla..bla... diorang je la yang buat semua tuh..
*terima kasih..sayang korang weyh hihi

so pagi jumaat tuh janji la pkul 8pagi nak berkumpul...
biasalah pkul 8pg jadi la 8.30 kan..
tapi kira rajin ar hari tak ada kelas bole bangun awal haha
kalau hari kelas kul 8 adoii malasnya nak bangun!
nama tempat tu PANCHING...dalam 20 minutes je nak sampai dari UMP..
ok sampai2 pekara wajib ialah snap picture! hehe
jum tengok kt bawah nih...
ada gambar lg nk update ~


sangat bez!...siap bole main gelongsor lagi kat batu2 tuh hehe...
insyallah akan pegi lagii
thnx kepada boys..ayam diorg buat sangat sedap!!!!yummyyy....
ktorang balik dlm kul 1 sebab boys nak g jumaat kan
n then pkul 3 pun aku ada program kat UIA GOMBAK!
INTERFAITH DIALOGUE...
(MISS CONCEPTION OF MY RELIGION)
program yang sangat membuka mata telinga dan minda untuk berfikir..
insyallah next entry aku cerita pasal dialogue tuh!

p/s : sesiapa berminat nak tempah baju untuk blogger utagha??!







Saturday, March 05, 2011

1st Vlog!!!!!!

salaam
wah lama tak update blog..
bukan pa haritu busy dengan test segala macam
kali ni busy pasal benda lain pulak
adeh dah nama pun student kan....hehe
entry hari ni nak cakap pasal...
VLOG!!!!!!
sekarang nih bila aku pandang kiri kanan atas bawah..
bukan setakat pandang,dengar segala macamlah
mesti orang duk heboh pasal vlog nih..
bila pulak turn aku nak buat vlog??
errmmmmmmmmmmm.....
taaaadaaaaaaaa!!!!!
bukan vlog aku tapi cazen aku..hehe

sila kemaskn diri anda~ haha

ni 1st vlog dia...
aku bagi support je la ekh..
tak ada kekuatan lagi nak buat..hihi
insyallah satu hari nanti~
dia nih dulu agak "chubby"
tapi sekarang berjaya menguruskn badan
sekarang pun tgh on diet lg
chaiyok2....
SANGAT BANGGA DENGAN HANG! hehe

fb like page : aimansyazwanr


p/s : dulu tak ada blog xcool~
sekarang xda vlog xcool jugak ker??