Followers

here....

Thursday, December 01, 2011

Puisi Zahiril buat Shera ^_^

assalamualaikum.....
welcome december!!wahhh cepat benor masa berlalu...
dah bulan december weyh...azam bulan 1 haritu dah tercapai ker??*gulp*..errr...
postpone bole?hik3...ni lah aku..tiap2 tahun nak postpone azam...dah bukan nama azam dah la kalu jadi macam tu kan...grrrr!~...
actually aku bukan nak cerita pasal azam ke apa tuh kan...ni nak cerita pasal sekarang nih
kaum perempuan duk jeles dengan shera ni...sebab zahiril buat puisi dekat dia...kau ada laki kau buat macam tu?*ala2 makcik bergosip tak?haha
oh..mungkin yang tak suka zahiril tu..idak la macam aku ni..jelesss awww!!
aku pun nak kata peminat zahiril idak laa...tapi tau la sikit2....semalam saja2 la aku jejalan kat blog ni...terbaca pulak pasal Zahiril buat puisi untuk isteri dia,Shera...so sweet...


“Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.

Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.

Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.

Dan hari ini kau telah menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,

Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,

Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,

Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,

Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,

Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.

Isteriku, Selamat datang ke hidupku,

Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,

Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.

Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.

Selamat menjadi separuh dari aku.”

credit : hafizatan

p/s : sweetkan diorg?..mr.sa bolehlah karang puisi dari sekarang haha..
insyallah kalau jodoh kita panjang kan?


1 comment:

amirnawawi said...

Jiwang karat plak hang nih weh..haha3