Followers

here....

Saturday, April 02, 2011

Mengingati MAti,Menghilangkan keseronokan dunia : Talkin untuk diri


assalamualaikum..
mengingati mati itu wajib sebagai umat Islam
entry ini sebagai makanan rohani dan jiwa kita~
berhenti sebentar dari kesibukan dunia
perkongsian utk semua


Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai Nor Afifa, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Nor Afifa, apabila datang kepada kamu 2 malaikat iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai Nor Afifa, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menundukkan kamu dan menyoal kamu.
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
dan apakah kalimah kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah takut dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kau jawab dengan fasih apabila ditanya untuk pertama, kedua dan terakhirnya kalinya.

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku.
Islam agamaku,
Kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,malahan solah lima waktu,puasa dibulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan
mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga mati aku mengucap
"La ila ha illallah Muhammaddur rasullulah"



Wahai Nor Afifa, tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Nor Afifa , bahawa mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

credit to : notakelanafaqir
Tukarlah kepada namamu untuk lebih merasainya...

p/s: apabila nama disebut akan dibin/dibintikan dengan nama ibu...
*tidak berapa pasti...insyallah akan mencari~

6 comments:

CikTomyam said...

setuju! nice entry..tapi nak tegor ckit naa..tajuk entry tu kaler pink..xberapa nak jelas laa..sebb background colour pon mcm pink..huhu so tak berapa nmpak bg org rabun cmm kami..heheeheh =)

CikTomyam said...

tu dia...nice entry..huhu tapi nak tegor ckit la..kaler tajuk tu kaler pink..so tak nmpak jelas la tulisan dia..menyukarkan org rabun mcm kami nak baca..hahah..ok keep it up dear ^_^

LaDy_aFieFa said...

cik tomyam : thnx 4 da comment...insyallah akan diperbaiki :)

adeh tetiba lapaq tomyam haha

angah said...

yg ter bek..hahah

nelly said...

Muhasabah diri !

LaDy_aFieFa said...

angah : hehe

nelly : yup2...makanan rohani!